|
 Elemen
Logo
Secara umumnya elemen asas logo ini dapat
dihuraikan dan diterjemahkan secara
terperinci dengan konsep yang dipengaruhi
sepenuhi oleh ciri-ciri ke Islaman.
Bahagian
tengah logo ini diwarnakan secara tona (Tone) dari warna putih,
melambangkan asalnya putih bersih dicorakan kepada perang keemasan
menggambarkan kejituan berserta ketelusan kependidikan dalam
mencerna anak ddidik dan membudayakan bangsa.
Jika
direnung dari atas pada susut tengah motif Seni Arabes pula, perang
keemasan yang diwarnakan secara tona (tone) dan terang kepada
semakin cerah memperlihatkan seakan cahaya yang menerangi kehidupan
dan menerangi sinar kesejahteraan.
Pada
asas dan asalnya putih ,lama kelamaan menjadi semakin perang
keemasan dan apabila semakin ke atas, jelas perang keemasanya
menunjukan proses pemcemaan yang disertai disiplin yang tinggi,
mengambil masa berperingkat-peringkat dan berlaku secara berterusan
bagi melahirkan insan yang cemerlang.
Gambaran
ini bermula dari satu sudut dibahagian bawah dan akhirnya berpecah
kepada lima sudut pada bahagian atasnya menunjukan lima proses
pendidikan dan kependidikan yang dilalui dalam kehidupan merangkumi
pendidikan Pra sekolah, Rendah Menengah, Institusi Pendidikan tinggi
dan Pendidikan tidak formal.
Jalur
putih dibahagian bawah,sudut kiri dan kanan membawa erti bahawa
pengaliran ilmu dan penyerapan nilai menjadi teras pengurusan
pendidikan agi menjana hati budi dan jati diri bangsa.
Moto
Jabatan Pelajaran Perlis, Pendidikan Cemerlang, Akhlak Dijulang dan
Warisan Gemilang diletaklan mengelilingi atas logo tersebut untuk
menjadi tunggak dalam merealisasikan Wawasan Pendidikan.
Tulisan jawi ‘ Jabatan Pelajaran Perlis’, pada bahagian bawah
lengkungan, jelas menunjukan bahawa usaha menpertabatkan warisan
menjadi agenda utama dalam pendidikan.
RASIONAL LOGO
Reka Bentuk
Bulatan
menjadi logo ini agar mempamerkan rupa tanjak yang lebih
kukuh, mantap dan dinamik. Pada bahagian tengah bulatan,
dimasukkan salah satu daripada Seni Arabes yang paling
popular, menunjukkan bahawa pengurusan kependidikan yang
dihasilkan adalah bertunjangkan Syariat Islam sejajar
dengan agama rasmi negara Malaysia. Motif seni Arabes
tersebut mempunyai lapan penjuru, mewakili lapan kawasan
pendidikan sekolah rendah di Negeri Perlis. Motif Arabes
itu juga dibahagikan kepada dua bahagian, atas dan bawah
dengan dua perbezaan warna yang jelas kuning dan biru (Bendera
Negeri Perlis) mewakili dua zon pendidikan sekolah
menengah di Perlis menggambarkan proses pendidikan
peringkat sekolah rendah dan menengah.
Warna
-
Warna tersebut selaras dengan warna bangunan Jabatan
Pelajaran Pelis dan merupakan warna nutral (berkecuali)
serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana warna
organisasi lain. sehingga kini, mungkin tiada
organisasi lain menggunakan warna perang keemasan
sebagai warna koprat mereka.
-
Perang keemasan merupakan warna kebesaran bagi
Masyarakat Melayu Pribumi Malaysia Warna ini
dipercayai warna yang digunakan pada pakaian dan
peralatan bagi ketua sesuatu kaum atau Panglima
Angkatan Perang bagi Masyarakat Melayu dahulu.
-
Warna Perang keemasan juga amat serasi dan paling
bersesuaian dari segi Hue dan Ton kepada warna lain
sama ada dalam logo itu sendiri atau pada sebarang
warna latar, dan ini dapat memudahkan kita meletakan
logo. Tersebut atas semua jenis warna latar yanga
akan digunakan.
-
Warna putih diantara motif Arabes dan warna perang
keemasan tersebut juga dapat mempamerkan ketelusan
institusi pendidikan bersama-sama masyarakat dalam
merencana warisan gemilang.
-
Warna latar didalam, dipilih kuning dan biru, warna
negeri Perlis, sudah tentu memberi erti kesetiaan
kepada Raja yang berdaulat (Kuning) dan ikhlas
berkhidmat untuk rakyak dan masyarakat (Biru).
-
Empat bucu segitiga berkaki lengkung berwarna kuning
yang menjadi warna latar di bahagian atas mengarah
tunjuk kebawah, menunjuk ketaatan warga pendidikan
terhadap kerajaan yang memerintah dan institusi Raja
Berpelembagaan manakala empat bucu segitiga berkaki
lengkung berwarna Biru yang menjadi warna latar
dibahagian bawah mengarah tunjuk ke atas,
menggambarkan kebergantungan masyarakat terhadap
pendidikan dalam mencorakan Genarasi dan negara.
|